KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prospek yang optimistik dalam jangka masa terdekat, seperti yang ditunjukkan dalam prestasi Indeks Pelopor (IP), yang meningkat sebanyak 1.29 peratus kepada 115.0 mata pada April 2026, berbanding 113.5 mata pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).