KUALA LUMPUR: Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) melahirkan kebimbangan terhadap pelaksanaan pelbagai sekatan perdagangan yang menurutnya semakin mengehadkan akses produk keluli Malaysia ke pasaran antarabangsa, meskipun negara ini bukan penyumbang kepada lambakan import yang menjadi sasaran langkah perlindungan berkenaan.