KUALA LUMPUR: Penjimatan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi dijangka menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan CelcomDigi Bhd sebanyak 18.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2027, apabila sinergi integrasi mula mendapat momentum selepas proses naik taraf platform teknologi maklumat (IT) diselesaikan.