GEORGETOWN: Hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu terus diperkukuh bagi membolehkan negara mendepani pelbagai cabaran rentas bidang kuasa termasuk perubahan iklim, keterjaminan makanan, pengurusan air, transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).