IPOH: Penyedia penyelesaian kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E), Kee Ming Group Bhd (Kee Ming) mencatat prestasi pasca-penyenaraian yang memberangsangkan apabila meraih kontrak bernilai keseluruhan RM91.4 juta dalam tempoh empat bulan selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.