KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mengitar semula 1.3 juta liter air setahun yang digunakan bagi dialisis pesakit buah pinggang di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) yang kemudian dibuang ke longkang, untuk projek lebih bermanfaat bagi mengelak pembaziran.