KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 5,899 projek pelaburan sektor perkilangan bernilai RM774.4 bilion, yang berpotensi menjana 502,493 peluang pekerjaan baharu bagi tempoh 2020 hingga 2025.