KUALA LUMPUR: Lakonan Datuk Rosyam Nor menerusi drama Jiwa Seorang Pentaksub mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan penonton apabila watak Firzan yang dibawanya menerima pelbagai reaksi susulan beberapa adegan dan dialog yang dianggap keterlaluan serta kurang sesuai untuk tontonan umum.