Ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, seseorang wakil rakyat bukan sahaja berjanji menunaikan tugas dengan jujur dan sebaik-baiknya, malah berikrar memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Amat menghairankan masih ada ahli politik termasuk bekas pemimpin dan senator yang sepatutnya memahami kerangka perundangan negara, berani memasuki wilayah sudah jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan serta undang-undang negeri berkaitan Islam dan institusinya.