IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 25 kes penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM956,046 setakat ini, sejak pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) pada 16 Mac lalu.