KUALA LUMPUR: Penahanan seorang pemandu yang didapati positif dadah dan mempunyai 15 rekod sabitan berkaitan dadah selepas dipercayai merempuh beberapa kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai mempersoalkan bagaimana pesalah berulang itu masih dibenarkan berada di jalan raya.