KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Gas Malaysia Bhd memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) dengan syarikat Jepun Tokyo Gas Co Ltd dan syarikat berpangkalan di Belanda, VTTI B.V. bagi membangunkan projek terminal pengegasan semula gas asli cecair (LNG) di Yan, Kedah.